Ciri-ciri Kelas jijik

Kelas jijik Malabar, Kerala (1906).

Menurut Sarah Pinto, seorang antropologi, kelas jijik moden di India berlaku bagi orang yang kerjanya berkaitan dengan "daging, dan bendalir tubuh".[3] Berdasarkan hukuman yang ditetapkan dalam Akta Kelas Jijik (Kesalahan), 1955 amalan berikut dapat difahami berkaitan dengan Kelas Jijik di India[4] :

  • Larangan makan dengan ahli kelas lain
  • Penyediaan cawan berasingan di gerai teh kampung
  • Susunan tempat duduk dan perkakas yang berasingan di restoran
  • Pemisahan tempat duduk dan susunan makanan di majlis dan perayaan kampung
  • Larangan memasuki tempat-tempat ibadat awam
  • Larangan memakai selipar atau memegang payung di hadapan anggota kasta yang lebih tinggi
  • Larangan memasuki rumah kasta lain
  • Larangan menggunakan jalan kampung yang biasa
  • Tanah perkuburan/pembakaran yang berasingan
  • Larangan mengakses harta benda dan sumber umum (telaga, kolam, kuil, dll.)
  • Pengasingan (tempat duduk berasingan) kanak-kanak di sekolah
  • Tenaga kerja terikat
  • Pemulauan sosial oleh kasta lain kerana enggan melaksanakan "tugas" mereka[5]